Pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 ڤلانتيكن سباڬاي يڠ دڤرتوان بسر نڬري سمبيلن Tuanku Ja’afar

Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem pelantikan Raja secara demokrasi sejak turun-temurun. Bagi memilih pengganti K.D.Y.M.M Tuanku Munawir yang mangkat, pemimpin kawasan-kawasan utama di Negeri Sembilan yang digelar Undang Yang Empat mengadakan perbincangan untuk memilih Yang di-Pertuan Besar seterusnya dari kalangan Putera Yang Empat Negeri Sembilan iaitu:

  1. Tunku Besar Seri Menanti, Yang Amat Mulia Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
  2. Tunku Laxamana, Yang Amat Mulia Tunku Nasir Alam ibni Almarhum Tuanku Muhammad
  3. Tunku Muda Serting, Yang Amat Mulia Tunku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  4. Tunku Panglima Besar, Yang Amat Mulia Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Pada 18 April 1967, Undang Yang Empat telah bersepakat melantik dan menabalkan Tunku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.